PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

PELAJAR PELANCONGAN SMK 4
PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

Wednesday 26 February 2014

ZooM In.,.,.
Adat Resam Bagi Kaum Bidayuh Selakau Lara / Rara

Seperti yang kita ketahui, Sarawak merupakan sebuah negeri yang terbesar di Malaysia serta mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Denagn itu, setiap kaum mempunyai adat resam dan pantang larangnya masing-masing yang selalu di amalakan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu. Memandangkan zaman sudah semakin moden, ianya jarang diamalakan lagi. Antara adat resam bagi kaum bidayuh Selakau Lara / Rara adalah seperti di bawah ini.,.


PERUBATAN.,.,.,.,.

Baiklah,.Untuk pengetahuan rakan-rakan semua,.ini merupakan salah satu adat resam orang Bidayuh Selakau Lara ialah amalan "ngoncong". Amalan ini dibahagikan kepada dua maksud iaitu dari segi hiburan dan perubatan. Amalan "ngoncong" ini merupakan sejenis perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat bidayuh selakau lara ini. Malah amalan ini amat dihormati oleh masyarakat tersebut kerana percaya akan perhubungan dengan mahluk halus dan ilmu hitam. Pengaruh terhadap kepercayaan tentang mahluk halus ini merupakan salah satu faktor pegangan erat terhadap kepercayaan ini yang dikatakan sangat dihormati pada zaman dahulu. mereka percaya akan hubung kait antara setiap benda dengan alam sekeliling. Menurut mereka, perubatan ini menerapkan unsur-unsur alam sekeliling dalam kepercayaan mereka seperti pokok, langit, sungai, semangat padi, semanagat hutan dan roh si mati. Walau bagaimanapun, kepercayaan ini masih dihormati bagi menjaga dan memelihara budaya asli dalam masyarakat tersebut. Dengan itu juga, peralatan dan bhan-bahan yang digunakan dalam perubatan "ngoncong" ini adalah seperti beras, tikar, daun labuan, tumpik (sejenis kuih), pisau, parang, ayam, telur, dulang, biola, gong, mayang pinang dan air tawar.


HIBURAN.,.,.,.,.,.

Ini merupakan gambar tarian "ngoncong" kaum bidayuh

Manakala dari segi hiburan pula, amalan "ngoncong" ini  sangat terkenal di kalangan masyarakat bidayuh Selakau Lara. Malah, setiap perayaan dan keramaian yang berlangsung akan disertakan dengan tarian "ngoncong" ini dan mereka akan berbalas pantun di antara pihak lelaki dan pihak perempuan di dalam majlis perkahwinan.


PERKAHWINAN.,,.,.,.,.

Bagi masyarakat kaum bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota "Biik"(bilik) atau "Ramin"(rumah) itu. Manakala masyarakat Bidayuh mengamalkan perkahwinan monogami sahaja di mana orang lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu tetapi lelaki tersebut haruslah menceraikan isterinya yang pertama apabila sang suami hendak berkahwin lagi. Dalam erti kata lain, lelaki tersebut tidak boleh mempunyai dua isteri dalam satu masa. Selain itu, masyarakat bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Ini disebabkan mereka ada mempunyai talian darah yang terlalu dekat dan ianya boleh memberi kesan kepada zuriat mereka nanti. Di samping itu juga, kumpulan seperti dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana dikhuatiri akan termakan sumpah. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan lagi, di dalam masyarakat ini tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan bebas untuk memilih pasangan hidup masing-masing. Ibu bapa bagi masyarakat bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka kecuali perkahwinan yang terlarang. Manakala, dalam kumpulan selakau, jagoi dan lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan di mana pertunangan ini ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan kemudian.

Justeru itu juga, peristiwa perkahwinan berhubung rapat dengan menuai padi dimana jika lebih baik hasil yang diperolehi, maka lebih banyak perkahwinan  dapat dilangsungkan. Ini adalah keran majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besar dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki.Di sebabkan itulah apabila hasil padi berkurangan, maka pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Oleh itu, usia minimum untuk bertunang bagi anak perempuan adalah pada usia 16 tahun bagi perempuan dan bagi lelaki ialah 18 tahun. Selepas lelaki telah memilih bakal tunang dan isterinya, lalaki akan melantik seorang perantaraan perempuan. Perantaraan perempuan tersebut akan menghantar barang hantaran seperti tapak sirih, kapur tunang, sebentuk cincin dan sebagainya. Di samping itu juga, pihak lelaki akan mendapatkan pandangan bagi keluarga pihak perempuan mengenai perkahwinan tersebut.


MAJLIS PERKAHWINAN.,,.,.,.,.,.

Majlis perkahwinan yang diadakan bergantung pada kemampuan ekonomi keluarga pengantin. Manakala, dalam masyarakat bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas berkahwin adalah bergantung pada banyak faktor. Dengan itu, bagi pihak suami yang berada dan berkedudukan tinggi ianya boleh mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya ( amalan virilokal ) dan begitulah sebaliknya ( uksorivokal ). Manakala, jika keadaan perkahwinan suami isteri yang sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri ( amalan neolokal ).

Selain itu, kumpulan dayak Selakau melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan boleh berlaku secara terpaksa melalui amalan yang dikenali sebagai "batangkap". Amalan ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang kerap dilihat berdua-duaan boleh ditangkap kepada para pemimpin kampung supaya mereka boleh dikenakan tindakan. Tindakan yang diambil terhadap mereka adalah mereka akan dipaksa untuk berkahwin secara sah sebagai suami isteri. Amalan batangkap dilakukan atas pasangan yang menghadapi tentangan daripada ibu bapa.

Di samping itu, ada satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan "nyagam" di mana apabila bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih untuk berkahwin cara sedemikian ialah seorang duda atau balu.

Justeru itu, perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selakau, Jagoi dan Lara ialah perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu-bapa kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang perantaraan atau dikenali sebagai
"picara" dalm kalangan masyarakat Selakau untuk mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.

Sumber Rujukan :-
  •  http://ngoncong.blogspot.com/ 
  •  http://bahasamelayupengantar.blogspot.com/2010/09/adat-perkahwinan-kaum-bidayuh.html

ž

No comments:

Post a Comment