PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

PELAJAR PELANCONGAN SMK 4
PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

Wednesday 26 February 2014

SEJARAH BIDAYUH & ASAL USUL BIDAYUH SELAKAU-LARA

 SEJARAH BIDAYUH






        Assalamualaikum kawan blog.. hari ini kami akan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah bagi kaum bidayuh. Tahukah anda? Di Sarawak terdapat pelbagai kaum bidayuh seperti:
  
  • Selakau-Lara  (Daerah Lundu)
  • Jagoi/Singai   (Daerah Bau)
  • Biatah  (Daerah kecil Padawan)
  • Bukar/Sadong  (Daerah Serian)

           Kaum Bidayuh ini kebanyakannya beragama kristian dan mempunyai bahasa dialek  tersendiri. Mengenai asal usul selakau lara yang terdapat di daerah lundu mesti anda tak pernah dengarkan atnik selakau/lara nekan..okey!! hari ini kami akan memceritakan bagaimana dan dimana terdapatnya nama selakau/lara itu wujud dalam kaum bidayuh. Kawasan penenpatan asal dayak selakau ialah dalam kawasan daerah singkawang. tahukan anda singkawang terletak dimana? singkawang terletak di kawasan sungai selakau di kalimatan barat, indonesia. 
          Tahukah anda?? Daripada sungai inilah juga dikatakan selakau memperolehi nama pengenalan bagi atnik mereka dan masyarakat selakau sendiri mengakui bahawa mereka kurang pasti bagaimana asalnya nama sungai itu. ahhh.. macam mana ne? dalam pengetahuan kami mungkin juga nama itu berasal dari pohon kayu atau dedaun tumbuhan disebalik sebuah cerita ini juga menyatakan sesuatu ketika dahulu dalam sejarah di kawasan tersebut orang selakau sering terdengar bunyi anjing menyalak dalam bahasa selakau selakau asu yang menamakan ako menyalak  hampir setiap malam. Daripada kejadian tersebutlah makan dikatakan bahawa sungai itu memperolehi namanya. Kalau dibuat analisa yang ringkas memang perkatakan selakau itu mengandungi dua perkataan iaitu sa:ako.
         Pada masa meraka masih menetap di indonesia, antik selakau terletak dibawah pemerintahan sultan atau panambahan sambas. menurut sejarah lisan yang terdapat di kampung pueh. hubungan selakau dengan pembesar-pembesar melayu di sambas bermula dengan suatu peristiwa. Ceritanya bermula dengan pembunuhan seekor beruk yang sentiasa memusnahkan tanamam padi (uma) seorang lelaki bernama ngambang. Telah berjaya membunuh beruk itu, ngambang telah tertidur dalam tidur si ngambang  tersebut ia bermimpi bahawa beruk yang telah di bunuhnya  itu memohon dibawa balik ke rumah ngambang dengan beralaskan sehelai kain sulaman yang berwarna kuning berna saput koleng. Setelah beliau tersedar dari bangunnya ngambang sungguh hairan kerana beruk yang telah dibunuh olehnya berkeadaan seekor beruk emas. Seperti yang telah di pesan oleh beruk dalam mimpi beliau tersebut, beliau terpaksalah pergi menghadap sultan untuk meminjam sehelai kain sulaman yang berwarna kuning.
          orang selakau mendakwa bahawa sewaktu kemasukan ngambang sebagai seorang islam suatu sumpah telah dibuat diantara orang selakau dan pembesar melayu. Menurut sumpah itu sesiapa sahaja di golongan melayu yang menkhianati orang selakau maka akan pecahlah perut orang yang menbuat jahat itu.
           Nak tahu tak?? masyarakat selakau yang kini menetap di kawasan kampung pueh, sematan mereka telah berhijrah ke kawasan sarawak pada tahun 1875. Ahh niat mereka sangat baik tau..hasrat mereka untuk memperbaiki keadaan hidup di samping untuk melarikan diri daripada tekanan hidup oleh pemerintahan melayu di indoensia. Dan penghijrahan masyarakat selakau di wilayah sarawak dikatakan berlaku dalam dua gerakan iaitu: 


  • Gerakan penghijrahan awal ke wilayah sarawak dianggarkan berlaku pada tahun 1830an (selakau)
  • Kaum lara pula menyeberang masuk ke kawasan sarawak kira-kira dalam tahun 1840a.  
  • Selakau adalah cabang orang dayak dari pulau borneo
  • salakau/lara menyertai dalam tahun 1970
  • mereka adalah berkaitan dengan kaum bidayuh
  • selakau hanya terdapat di daerah lundu, sematan, bengkayang dan sambas
  • bahasa mereka adalah sebahagian daripada kumpulan melayo polyhesian dan mereka dikategorikan sebagai malayik dayak. 

No comments:

Post a Comment