PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

PELAJAR PELANCONGAN SMK 4
PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

Wednesday, 26 February 2014

PENEMPATAN BIDAYUH SELAKAU-LARA


Inilah gambar Rumah Panjang Bidayuh Selako-Lara
 di Kpg. Pueh, Sematan, Sarawak

Pada zaman dahulu kan, Orang Bidayuh ni tinggal di Rumah Panjang saja yg terletak di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Knapa ba oh? Hahaha, mesti mereka mempunyai alasan-asalan tertentu kan? Ok.. biarlah saya bagitau awak sebab-sebab mereka ni. Salah satu sebabnya adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Orang Bidayuh ni slalu je diserang oleh musuh-musuh mereka pada zaman dahulu. Oleh itu, ia berlakunya peperangan antara Orang Bidayuh dgn musuhnya.

Struktur rumah panjang kaum Bidayuh ni tidak jauh perbezaannya drpd struktur rumah panjang kaum Iban di Sarawak. Atap rumah panjang mereka diperbuat drpd atap Rumbia Sagu manakala dindingnya pula diperbuat drpd Buluh. Pelantar/lantai rumah panjang diperbuat drpd papan/buluh manakala tiangnya pula diperbuat drpd Kayu Belian. Sila rujuk kpd contoh gambar Rumah Panjang Bidayuh Selako-Lara di bawah sini.


Rumah Panjang Bidayuh Selako-Lara dibahagikan kpd 3 bahagian:-

 1. Bilik Utama 
- Bilik utama ni dikenali sbg ruang utama kediaman pada masa sekarang. Masyarakat Bidayuh ni akan meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti Gong, tempayan, tembikar dan lain-lain. Ruang ini juga berfungsi sbg tempat tidur mereka. 

2. Awah
- Awah pula adalah bahagian pelantar/lantai rumah di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh yg bertutup dan beratap. Masyarakat Bidayuh akan menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual-bual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Selain itu, ruangan Awah juga akan digunakan untuk menjalankan sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti Pesta Gawai dan sebagainya.

3. Tanju
- Tanju adalah bahagian yg paling luar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh ni. Bahagian Tanju ni tidak bertutup dan beratap. Tempat ni digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya. Selain itu, tempat ini juga digunakan untuk menjemur pakaian mereka manakala di bawah Tanju tersebut, masyarakat Bidayuh ni akan menternak binatang seperti ayam, itik, anjing, kucing dan haiwan lain-lain lagi.

1 comment:

  1. Saya rasa kalau dalam bahasa selako dipanggil pante(pan tey).Yang no 3.

    ReplyDelete