PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

PELAJAR PELANCONGAN SMK 4
PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

Wednesday 26 February 2014

SEJARAH BIDAYUH & ASAL USUL BIDAYUH SELAKAU-LARA

 SEJARAH BIDAYUH






        Assalamualaikum kawan blog.. hari ini kami akan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah bagi kaum bidayuh. Tahukah anda? Di Sarawak terdapat pelbagai kaum bidayuh seperti:
  
  • Selakau-Lara  (Daerah Lundu)
  • Jagoi/Singai   (Daerah Bau)
  • Biatah  (Daerah kecil Padawan)
  • Bukar/Sadong  (Daerah Serian)

           Kaum Bidayuh ini kebanyakannya beragama kristian dan mempunyai bahasa dialek  tersendiri. Mengenai asal usul selakau lara yang terdapat di daerah lundu mesti anda tak pernah dengarkan atnik selakau/lara nekan..okey!! hari ini kami akan memceritakan bagaimana dan dimana terdapatnya nama selakau/lara itu wujud dalam kaum bidayuh. Kawasan penenpatan asal dayak selakau ialah dalam kawasan daerah singkawang. tahukan anda singkawang terletak dimana? singkawang terletak di kawasan sungai selakau di kalimatan barat, indonesia. 
          Tahukah anda?? Daripada sungai inilah juga dikatakan selakau memperolehi nama pengenalan bagi atnik mereka dan masyarakat selakau sendiri mengakui bahawa mereka kurang pasti bagaimana asalnya nama sungai itu. ahhh.. macam mana ne? dalam pengetahuan kami mungkin juga nama itu berasal dari pohon kayu atau dedaun tumbuhan disebalik sebuah cerita ini juga menyatakan sesuatu ketika dahulu dalam sejarah di kawasan tersebut orang selakau sering terdengar bunyi anjing menyalak dalam bahasa selakau selakau asu yang menamakan ako menyalak  hampir setiap malam. Daripada kejadian tersebutlah makan dikatakan bahawa sungai itu memperolehi namanya. Kalau dibuat analisa yang ringkas memang perkatakan selakau itu mengandungi dua perkataan iaitu sa:ako.
         Pada masa meraka masih menetap di indonesia, antik selakau terletak dibawah pemerintahan sultan atau panambahan sambas. menurut sejarah lisan yang terdapat di kampung pueh. hubungan selakau dengan pembesar-pembesar melayu di sambas bermula dengan suatu peristiwa. Ceritanya bermula dengan pembunuhan seekor beruk yang sentiasa memusnahkan tanamam padi (uma) seorang lelaki bernama ngambang. Telah berjaya membunuh beruk itu, ngambang telah tertidur dalam tidur si ngambang  tersebut ia bermimpi bahawa beruk yang telah di bunuhnya  itu memohon dibawa balik ke rumah ngambang dengan beralaskan sehelai kain sulaman yang berwarna kuning berna saput koleng. Setelah beliau tersedar dari bangunnya ngambang sungguh hairan kerana beruk yang telah dibunuh olehnya berkeadaan seekor beruk emas. Seperti yang telah di pesan oleh beruk dalam mimpi beliau tersebut, beliau terpaksalah pergi menghadap sultan untuk meminjam sehelai kain sulaman yang berwarna kuning.
          orang selakau mendakwa bahawa sewaktu kemasukan ngambang sebagai seorang islam suatu sumpah telah dibuat diantara orang selakau dan pembesar melayu. Menurut sumpah itu sesiapa sahaja di golongan melayu yang menkhianati orang selakau maka akan pecahlah perut orang yang menbuat jahat itu.
           Nak tahu tak?? masyarakat selakau yang kini menetap di kawasan kampung pueh, sematan mereka telah berhijrah ke kawasan sarawak pada tahun 1875. Ahh niat mereka sangat baik tau..hasrat mereka untuk memperbaiki keadaan hidup di samping untuk melarikan diri daripada tekanan hidup oleh pemerintahan melayu di indoensia. Dan penghijrahan masyarakat selakau di wilayah sarawak dikatakan berlaku dalam dua gerakan iaitu: 


  • Gerakan penghijrahan awal ke wilayah sarawak dianggarkan berlaku pada tahun 1830an (selakau)
  • Kaum lara pula menyeberang masuk ke kawasan sarawak kira-kira dalam tahun 1840a.  
  • Selakau adalah cabang orang dayak dari pulau borneo
  • salakau/lara menyertai dalam tahun 1970
  • mereka adalah berkaitan dengan kaum bidayuh
  • selakau hanya terdapat di daerah lundu, sematan, bengkayang dan sambas
  • bahasa mereka adalah sebahagian daripada kumpulan melayo polyhesian dan mereka dikategorikan sebagai malayik dayak. 

SOSIO EKONOMI BIDAYUH SELAKAU /LARA


SOSIO EKONOMI BIDAYUH SELAKAU LARA .

Kami telah mempelajari tentang bidayuh selakau / lara .. Firstly tu, memang susah lah nak mengetahui nya sebab kami semua pun tak pernah dengar .. hihi .. tapi atas usaha kami semua kami telah berjaya melaksanakan dan mencari tentang bidayuh selakau tu .. Mesti di antara anda ada yang tak tau pasal Bidayuh selakau / lara ni .. oke , disini saya akan menceritakan tentang sosio ekonomi bidayuh selakau lara !

Bidayuh selakau ni , majoritinya mereka akan melakukan aktiviti pertanian contohnya mereka akan menanam padi jika tiba musim menuai dan akan bercucuk tanam dikebun seperti menanam sayur, buah-buahan dan sebagainya .. disini saya akan menggambarkan tentang gambar ni.



Ok, gambar itu merupakan tanah sebelum mereka menuai padi. sebelum itu mereka akan membakar tanah tersebut untuk mendapatkan tanah yang kering. Padi ini merupakan hasil pendapatan dan merupakan sumber makanan mereka .. contohnya, jika padi yang mereka tanam mempunyai lebih mereka boleh menjualnya bagi menambah pendapatan untuk hidup.. mereka akan bekerja sehingga larut malam.



Gambar di atas menunjukan yang seseorang dari kaum bidayuh selakau telah menjemur padi dimana padi tersebut telah tumbuh .. Ia menjemur padi tersebut sebelum ia diproses menjadi beras .. Kawasan serambi merupakan bahagian paling penting .


Ini merupakan NOBO dimana tempat mereka menyimpan padi .. NOBO ini hanya berdekatan dengan tempat mereka menuai padi. Kalau bidayuh serian mereka tidak memanggilnya nobo tapi beri ..  sebab walaupun sama bidayuh tetapi percakapan mereka berbeza-beza. 



Ini pula merupakan aktiviti mereka .. Dimana mereka akan menoreh getah sebelum subuh .. kalau pergi sebelum subuh mereka akan memperolehi bayak getah,. sebab kalau pergi tengah hari semasa  dha panas terik susah mereka nak dapatkan getah yang banyak.. Getah ini mereka akan menjualnya di pasaran.

Hah , ni pula merupakan aktiviti sampingan mereka untuk menambah pendapatan. Mereka akan turun menjadi nelayan untuk mencari makanan di sungai mahupun di laut .. Dengan ini, mereka boleh dijadikan sumber makanan dan menjualnya ..


Ok .. Ini pula merupakan barang-barang yang mereka guna untuk membuat aktiviti mereka seperti berkebun, menjadi nelayan untuk menangkap ikan dan sebagainya .. Antaranya ialah nyiru, tambok, kunsek, bangkat dan sebagainya .. kalau Tambok ini mempunyai pelbagai saiz dan berbentuk silinder.. Ia untuk membawa hasil hutan mereka .. Mereka akan meletakan tambok ini di kepala dan membawanya tapi mereka akan mengalaskan kain di kepala agar tiada rasa sakit .. 



Gambar ini merupakan aktiviti pada masa lapang mereka .. mereka akan "nganyap atap" .. Pada masa dahulu mereka hanya menggunakan daun nipah untuk membuat atap rumah untuk digantikan zink. Tapi sekarang dah moden sikit mungkin ada majoritinya mereka maseh menggunakan daun ada juga yang menggunakan zink.. 



Mereka juga akan menganyam atau membuat bakul untuk dijual atau di letakan sebagai hiasan dirumah mereka.. selain itu, juga mereka akan membuat nyiru,tambok dan sebagainya.. Mereka juga akan meletakan barang peribadi didalam nya ..

ok.. berahkir sudah cerita tentang sosio ekonomi bidayuh selakau.. thanks ! :)






ZooM In.,.,.
Adat Resam Bagi Kaum Bidayuh Selakau Lara / Rara

Seperti yang kita ketahui, Sarawak merupakan sebuah negeri yang terbesar di Malaysia serta mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Denagn itu, setiap kaum mempunyai adat resam dan pantang larangnya masing-masing yang selalu di amalakan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu. Memandangkan zaman sudah semakin moden, ianya jarang diamalakan lagi. Antara adat resam bagi kaum bidayuh Selakau Lara / Rara adalah seperti di bawah ini.,.


PERUBATAN.,.,.,.,.

Baiklah,.Untuk pengetahuan rakan-rakan semua,.ini merupakan salah satu adat resam orang Bidayuh Selakau Lara ialah amalan "ngoncong". Amalan ini dibahagikan kepada dua maksud iaitu dari segi hiburan dan perubatan. Amalan "ngoncong" ini merupakan sejenis perubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat bidayuh selakau lara ini. Malah amalan ini amat dihormati oleh masyarakat tersebut kerana percaya akan perhubungan dengan mahluk halus dan ilmu hitam. Pengaruh terhadap kepercayaan tentang mahluk halus ini merupakan salah satu faktor pegangan erat terhadap kepercayaan ini yang dikatakan sangat dihormati pada zaman dahulu. mereka percaya akan hubung kait antara setiap benda dengan alam sekeliling. Menurut mereka, perubatan ini menerapkan unsur-unsur alam sekeliling dalam kepercayaan mereka seperti pokok, langit, sungai, semangat padi, semanagat hutan dan roh si mati. Walau bagaimanapun, kepercayaan ini masih dihormati bagi menjaga dan memelihara budaya asli dalam masyarakat tersebut. Dengan itu juga, peralatan dan bhan-bahan yang digunakan dalam perubatan "ngoncong" ini adalah seperti beras, tikar, daun labuan, tumpik (sejenis kuih), pisau, parang, ayam, telur, dulang, biola, gong, mayang pinang dan air tawar.


HIBURAN.,.,.,.,.,.

Ini merupakan gambar tarian "ngoncong" kaum bidayuh

Manakala dari segi hiburan pula, amalan "ngoncong" ini  sangat terkenal di kalangan masyarakat bidayuh Selakau Lara. Malah, setiap perayaan dan keramaian yang berlangsung akan disertakan dengan tarian "ngoncong" ini dan mereka akan berbalas pantun di antara pihak lelaki dan pihak perempuan di dalam majlis perkahwinan.


PERKAHWINAN.,,.,.,.,.

Bagi masyarakat kaum bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota "Biik"(bilik) atau "Ramin"(rumah) itu. Manakala masyarakat Bidayuh mengamalkan perkahwinan monogami sahaja di mana orang lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu tetapi lelaki tersebut haruslah menceraikan isterinya yang pertama apabila sang suami hendak berkahwin lagi. Dalam erti kata lain, lelaki tersebut tidak boleh mempunyai dua isteri dalam satu masa. Selain itu, masyarakat bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Ini disebabkan mereka ada mempunyai talian darah yang terlalu dekat dan ianya boleh memberi kesan kepada zuriat mereka nanti. Di samping itu juga, kumpulan seperti dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana dikhuatiri akan termakan sumpah. 

Untuk pengetahuan rakan-rakan lagi, di dalam masyarakat ini tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan bebas untuk memilih pasangan hidup masing-masing. Ibu bapa bagi masyarakat bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka kecuali perkahwinan yang terlarang. Manakala, dalam kumpulan selakau, jagoi dan lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan di mana pertunangan ini ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan kemudian.

Justeru itu juga, peristiwa perkahwinan berhubung rapat dengan menuai padi dimana jika lebih baik hasil yang diperolehi, maka lebih banyak perkahwinan  dapat dilangsungkan. Ini adalah keran majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besar dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki.Di sebabkan itulah apabila hasil padi berkurangan, maka pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Oleh itu, usia minimum untuk bertunang bagi anak perempuan adalah pada usia 16 tahun bagi perempuan dan bagi lelaki ialah 18 tahun. Selepas lelaki telah memilih bakal tunang dan isterinya, lalaki akan melantik seorang perantaraan perempuan. Perantaraan perempuan tersebut akan menghantar barang hantaran seperti tapak sirih, kapur tunang, sebentuk cincin dan sebagainya. Di samping itu juga, pihak lelaki akan mendapatkan pandangan bagi keluarga pihak perempuan mengenai perkahwinan tersebut.


MAJLIS PERKAHWINAN.,,.,.,.,.,.

Majlis perkahwinan yang diadakan bergantung pada kemampuan ekonomi keluarga pengantin. Manakala, dalam masyarakat bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas berkahwin adalah bergantung pada banyak faktor. Dengan itu, bagi pihak suami yang berada dan berkedudukan tinggi ianya boleh mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya ( amalan virilokal ) dan begitulah sebaliknya ( uksorivokal ). Manakala, jika keadaan perkahwinan suami isteri yang sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri ( amalan neolokal ).

Selain itu, kumpulan dayak Selakau melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan boleh berlaku secara terpaksa melalui amalan yang dikenali sebagai "batangkap". Amalan ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang kerap dilihat berdua-duaan boleh ditangkap kepada para pemimpin kampung supaya mereka boleh dikenakan tindakan. Tindakan yang diambil terhadap mereka adalah mereka akan dipaksa untuk berkahwin secara sah sebagai suami isteri. Amalan batangkap dilakukan atas pasangan yang menghadapi tentangan daripada ibu bapa.

Di samping itu, ada satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan "nyagam" di mana apabila bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih untuk berkahwin cara sedemikian ialah seorang duda atau balu.

Justeru itu, perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selakau, Jagoi dan Lara ialah perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu-bapa kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang perantaraan atau dikenali sebagai
"picara" dalm kalangan masyarakat Selakau untuk mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.

Sumber Rujukan :-
  •  http://ngoncong.blogspot.com/ 
  •  http://bahasamelayupengantar.blogspot.com/2010/09/adat-perkahwinan-kaum-bidayuh.html

ž

MENGENAI BAHASA, PAKAIAN TRADISIONAL, SENI MUZIK & SENJATA TRADISIONAL BIDAYUH SELAKAU-LARA


LAIN-LAIN

BAHASA
            Bidayuh terbahagi kepada 4 iaitu Singai/Jagoi,Biatah,Bukar/Sadong dan Selako Lara. Setiap kaum mempunyai dialek merekaa tersendiri. Seperti yang dapat anda lihat,itu merupakan penterjamahan Bahasa Melayu ke bahasa Bidayuh.

BAHASA MELAYU

SINGAI/JAGOI

BIATAH

BUKAR/SADONG

SELAKO/LARA
MAKAN
Man
man
ma-an
uman
MINUM
Nuok
nok
nyihup
man pain
NASI
Tubi
tubik
sungkoi
nasi
ADA
Ogi
agi
aduh / adueh
uni
TIADA
do-i
mating
anyap
kati


PAKAIAN TRADISIONAL
            Pakaian traditional setiap kaum juga berlainan. Warna asas atau warna utama pemakaian tradisional orang Bidayuh adalah hitam.Tetapi,Bidayuh Selakau Lara pakaian tradisional mereka berwarna putih.



 




SENI MUZIK
Muzik memainkan peranan penting dalam upacara keagamaan bagi kaum Bidayuh.Bagi kaum bidayuh,muzik berperanan untuk menaikkan semangat,mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan.Contoh alat muzik kaum bidayuh seperti gong besar,canang,gendang dan tawak yang merupakan sejenis gong kecil.


SENJATA TRADISIONAL
Senjata tradisional bagi masyarakat Bidayuh adalah seperti lembing, tombak, parang ilang atau parang pendek, sumpit, jepur berupa seperti pedang samurai dan rira atau lebih dikenali sebagai meriam kecil. Senjata ini digunakan oleh kaum Bidayuh untuk mempertahankan diri dari musuh. Senjata ini kali terakhir digunakan sewaktu perang di Sarawak. Manakala peralatan senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti pertanian.