PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

PELAJAR PELANCONGAN SMK 4
PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

Wednesday 19 February 2014

Spesies Monyet No.2 : GIBBONS // Ungka

Hey guys,did you know that gibbon is one of the most unique species of monkey. Gibbons ialah nama dalam bahasa English nya. Nama dalam bahasa Malaysia nya ialah Ungka. Ungka merupakan sejenis kera yang mempunyai tangan yang panjang. Rupa ungka jantan sama dengan ungka betina. Yang membezakan ungka dengan monyet yang lain ialah ungka tidak mempunyai ekor.


Ungka yang dewasa mempunyai berat 10-20 ibs. Berat ungka betina pula hampir sama berat dengan jantan. Purata beratnya adalah 5.5 kg. Kelebaran badan ungka biasanya adalah diantara 44 cm hingga ke 63 cm. Kepanjangan kepala dan badannya ialah di antara 16 inci hingga 25 inci. Ciri ungka yang tinggal di atas pokok menyebabkan ia mempunyai kaki yang lebih pendek daripada lengan.Kakinya adalah kurang digunakan semasa pergerakan.Pergerakan ini dikenal sebagai 'brachiation', iaitu pergerakan dari satu pokok ke satu pokok yang lain secara horizontal atau vertikal.Tangan yang panjang membolehkannya melompat dari satu pokok ke satu pokok yang terletak berjauhan sebanyak 30 kaki. Pergerakannya adalah sangat cergas dan tangkas.Kecergasan ungka membolehkannya hidup dengan sihat. Selain itu, lengannya yang kuat membolehkannya bergerak dengan cepat. Lengan dan jari ungka adalah sangat panjang dan halus.Tetapi, Ciri ini tidak sesuai untuk memegang objek yang kecil .Struktur jari yang tidak bertentangan dan panjang akan menghalang binatang ini mengutip benda dari permukaan yang rata.


Ungka mempunyai bulu yang tebal dan cantik. Sebahagian daripada ungka jantan dan ungka betina mempunyai warna bulu yang berlainan. Tetapi, warna bulu tidak mewakili jantina sesekor ungka. Ungka betina mempunyai dua lapisan bulu yang panjang dan berbulu sutera, seperti bulu anjing husky. Secara umumnya, warna bulu bagi ungka ialah hitam keperangan, kelabu dan kekuningan.

1 comment: