PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

PELAJAR PELANCONGAN SMK 4
PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

Wednesday 26 February 2014

MENGENAI BAHASA, PAKAIAN TRADISIONAL, SENI MUZIK & SENJATA TRADISIONAL BIDAYUH SELAKAU-LARA


LAIN-LAIN

BAHASA
            Bidayuh terbahagi kepada 4 iaitu Singai/Jagoi,Biatah,Bukar/Sadong dan Selako Lara. Setiap kaum mempunyai dialek merekaa tersendiri. Seperti yang dapat anda lihat,itu merupakan penterjamahan Bahasa Melayu ke bahasa Bidayuh.

BAHASA MELAYU

SINGAI/JAGOI

BIATAH

BUKAR/SADONG

SELAKO/LARA
MAKAN
Man
man
ma-an
uman
MINUM
Nuok
nok
nyihup
man pain
NASI
Tubi
tubik
sungkoi
nasi
ADA
Ogi
agi
aduh / adueh
uni
TIADA
do-i
mating
anyap
kati


PAKAIAN TRADISIONAL
            Pakaian traditional setiap kaum juga berlainan. Warna asas atau warna utama pemakaian tradisional orang Bidayuh adalah hitam.Tetapi,Bidayuh Selakau Lara pakaian tradisional mereka berwarna putih.



 




SENI MUZIK
Muzik memainkan peranan penting dalam upacara keagamaan bagi kaum Bidayuh.Bagi kaum bidayuh,muzik berperanan untuk menaikkan semangat,mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan.Contoh alat muzik kaum bidayuh seperti gong besar,canang,gendang dan tawak yang merupakan sejenis gong kecil.


SENJATA TRADISIONAL
Senjata tradisional bagi masyarakat Bidayuh adalah seperti lembing, tombak, parang ilang atau parang pendek, sumpit, jepur berupa seperti pedang samurai dan rira atau lebih dikenali sebagai meriam kecil. Senjata ini digunakan oleh kaum Bidayuh untuk mempertahankan diri dari musuh. Senjata ini kali terakhir digunakan sewaktu perang di Sarawak. Manakala peralatan senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti pertanian.







No comments:

Post a Comment