Ok rakan-rakan semua!!nak tahu tak??ini merupakan aktiviti pertama yang kami laksanakan pada semester ini iaitu Jejak Warisan di Bandaraya Kuching. Aktiviti ini telah dijalankan pada 22 Januari 2014 iaitu pada hari Rabu yang lepas. Dengan itu, Kami bertolak dari Kolej Komuniti Kuching pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke destinasi pertama kami iaitu di hadapan bangunan mahkamah lama. Memandangkan pada masa itu hujan, kami terpaksa berhenti di 'bus stop' yang berada di waterfront sebelum kami memulakan jejak warisan kami. Sementara itu, salah satu daripada rakan kami telah memberi sedikit taklimat serta menceritakan serba sedikit mengenai bangunan yang berada di sekitar waterfront itu. Setelah hujan pun berhenti, kami pun memulakan perjalanan.,.,.^_^
Jadi.,.gambar yang berada di bawah ini merupakan bangunan yang pertama kami lawati,.,*_*
MAHKAMAH LAMA
Inilah Kompleks Mahkamah Lama yang merupakan antara salah satu bangunan yang masih kekal sehingga sekarang..,Jika anda pergi ke waterfront, semestinya anda akan melihat bangunan ini di mana bangunan ini terletak di persimpangan dari main bazaar yang menghadapi waterfront..,arrr!!kalau nak tahu, mahkamah lama ini telah dibina pada tahun 1874 untuk membawa bersama-sama semua pejabat-pejabat kerajaan dan tempat untuk semua majlis negeri. Di sini adalah tempat untuk mengadakan majlis mesyuarat negeri Sarawak yang kelima pada tahun 1878 sehingga tahun 1973..Uniknya lagi, badan bangunan ini dihiasi dengan ukiran yang indah mencerminkan bentuk seni tempatan pada masa dahulu dan sekarang masih dikekalkan,.Pada masa dahulu iaitu pada tahun 1847, ia adalah digunakan sebagai tapak pejabat pentadbiran kehakiman dakwah..Sekarang.,mahkamah ini telah digunakan sebagai tempat bagi para pelancong untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat-tempat yang menarik di sarawak di mana di dalam mahkamah ini telah menempatkan agen 'Sarawak Tourism Board'.,Ini kerana untuk memberi kemudahan bagi para pengunjung yang datang ke negeri Sarawak untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat mengenai negeri Sarawak.,soo,jika anda ingin mengetahui lebih lanjut,datanglah ke mahkamah lama ini.,ok!Selain itu, di dalam ini juga ada mempunyai restaurant untuk anda berehat dan santai-santai.,*_*
Bangunan ke dua yang kami lawati.,.mesti anda tertanya-tanya apakah bangunan ini kann,???
SQUARE TOWER
Ok.Inilah bangunan Square Tower.,.Seperti gambar di atas , ia merupakan salah satu bangunan warisan yang
terdapat di waterfront kuching. Ia telah siap dibina pada tahun 1879. Dari segi
seni rekanya ia berbentuk segi empat tepat. Dahulunya ia merupakan bangunan
penjara kuching dan ianya digunakan sebagai pusat tahanan. Jika anda perasan
ada terdapat ayam diatas bangunan tersebut itu menandakan arah angin pada masa
dahulu.
ASTANA
Ini pula astana, ia merupakan
kediaman rasmi TYT negeri Sarawak. Astana ini dibina oleh Raja Putih
Sarawak,iaitu Charles Brooke.Beliau membina istana ini sebagai
hadiah perkahwinan kepada isteri beliau yang bernama Ranee Margaret
Alice Lili de Windt. Astana ini dibina pada tahun 1870.Selepas itu,kami
dibawa berjalan-jalan sekitar Waterfront Kuching.
DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK
Dewan Undangan Negeri
(DUN) yang baru dibina dan telah dirasmikan pada tahun 2009. DUN ini mempunyai
9 tingkat dengan bumbungnya berbentuk terendak tau. bangunan ini juga merupakan
mercu tanda. DUN ini memiliki senibina serta reka bentuk yang mencerminkan
kepelbagaian budaya yang wujud di sarawak.Seterusnya kami dibawa untuk melihat
salah satu lagi bangunan bersejarah di Kuching iaitu Astana.Contoh Astana
Kuching ialah seperti gambar di bawah.
WATERFRONT
Yang gambar ini pula di waterfront waktu malam ..
Tapi kami taklah buat heritage walk waktu malam.
Gambar yang kat atas ini pula rivercruise. Ia berada di waterfront juga. Rivercruise ini juga merupakan tarikan yang ada kat waterfront kuching ni. Ia akan bawa kita pergi berjalan-jalan di waktu petang sambil melihat pemandangan di waterfront. Selain itu juga, kita dapat juga melihat perkampungan orang melayu yang berada di seberang waterfront ini. Ia mula beroperasi pada jam 5.30 petang - 7.00 malam. Kita akan dikenakan bayaran kalau nak naik rivercruise ini. Kita juga akan dijamukan sedikit makanan mengikut bayaran yang kita pilih contohnya kek lapis dan air oren yang segar.
Gambar
ini pula merupakan kampung boyan yang terletak di seberang waterfront.
Ia merupakan sebuah perkampungan bagi penempatan masyarakat melayu
terutamanya. Jika nak pergi ke kampung boyan ini kita boleh menggunakan
perahu tambang yang terdapat di Waterfront. Perahu tambang ini
beroperasi dari pagi sehingga malam. Tambangnya hanya RM0.50 sen
seorang. Apa yang bestnya, kampung boyan telah menarik ramai pelancong
dari negeri lain kerana di sana terdapat pelbagai gerai-gerai yang
menjual makanan orang Sarawak seperti kek lapis, ikan terubok dan
sebagainya. Manakala yang paling popular ialah ikan terubok masin dan
kek lapis Sarawak. Makanan ini sukar didapati di negeri lain mungkin
kerana keadaan tempat ataupun keunikan tempat tersebut. Jadi, jika
hendak mendapatkan kek lapis Sarawak, anda boleh pergi ke gerai Dayang
Salhah yang merupakan gerai kek lapis yang terkenal di Sarawak.
PERAHU TAMBANG
Sungai
Sarawak amat sinonim dengan perahu tambang yang setia mudik ke hulu dan
ke hilir memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan perahu
tambang. Ia juga menjadi punca pendapatan penduduk yang dapat disaksikan
di beberapa batang sungai di negeri ini. Walaupun tambang yang dibayar
penumpang tidaklah semahal tambang bas atau teksi, namun pekerjaan itu
mampu memberikan pendapatan tetap atau sampingan kepada mereka yang
mengusahakannya.
Ini
pula main bazaar yang ada berdekatan bersebelahan waterfront. Bazaar
utama ini merupakan tempat yang tertua di bandar kuching ini. Main
bazaar ini mempunyai reka bentuk rumah kedai masyaraat cina
kebanyakkannya didiami oleh keluarga yang sama. Main bazaar ini menjual
pelbagai kraftangan, pakaian, kek-kek lapis dan sebagainya .
Ini pula muzium cina . kita tak akan dikenakan bayaran kalau nak masuk muzium ini. Rugi kalau tak masuk .. percuma jee .. :) muzium ni telah dibuka pada tahun 1993. Dulu muzium cina ni merupakan mahkhamah bagi kaum cina yang didirikan untuk mengendalikan pentadbiran undang-undang dan adat yang berhubungkait dengan perkahwinan, penceraian, pembahagian harta dan lain-lain. Dalam muzium ni mempamerkan pelbagai tentang cina .. kita juga dapat mendengar tentang bahasa-bahasa dialog cina dan mempunyai sebuah bilik yang boleh kita lihat rakaman dimana pada zaman-zaman dahulanya. muzium ini di buka setiap hari pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. setelah itu, kami teruskan perjalanan kami.
Ini merupakan Tua Pek Kong. Ianya terletak di jalan Tunku Abdul Rahman yang bersebelahan dengan hotel Hilton, sebelah sungai Sarawak, bertentangan dengan waterfront dan juga berhadapan dengan muzium sejarah cina. Tua Pek Kong ini telah beroperasi selama 1770. Di bina oleh masyarakat cina di Kuching pada tahun 1843 dan telah dipulihkan banyak kali. Manakala Tua Pek Kong ini merupakan tokong cina yang tertua di Kuching Sarawak. Nama betul bagi tokong Tua Pek Kong ini adalah "Siew San Teng Tua Pek Kong". Ia terkenal kerana perayaan wang kang untuk memperingati semangat orang mati. Di tokong ini merupakan tempat suci ibadah dan ketaatan untuk agama "To Aih" dan Buddha terutamanya bagi tradisi cina tempatan. Tua Pek Kong adalah salah satu tuhan dewa cina Malaysia. Dewa tuan rumah kuil Tua Pek Kong atau dewa bumi sebenar adalah berasal dari China. Kuil ini biasanya akan di terang semasa tahun baru cina dengan hiasan tanglung yang berwarna merah seluruh penyembah dan biasanya ia akan datang ke kuil dan membuat persembahan pada tahun baru cina untuk mendapat berkat tahun tersebut. Tua Pek Kong ini mempunyai kesenian yang sangat menarik di mana dihiasi gambar-gambar di dinding yang menunjukkan tuhan-tuhan cina. Manakala, di sekeliling kuil ini ia dihiasi dengan naga yang bermaksud Maharaja China. Oleh itu, jika nak masuk ke dalam Tua Pek Kong ini, anda perlu melangkah kayu yang berada di pintu masuk tokong tersebut. Jika anda memijaknya, ia akan membawa musibah dalam kehidupan anda,
No comments:
Post a Comment