PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

PELAJAR PELANCONGAN SMK 4
PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

Wednesday, 2 April 2014

4. WHITE CROWNED HORNBILL (Burung Enggang Jambul Putih)

4. WHITE CROWNED HORNBILL !!!

White-crowned Hornbill (dalam bahasa melayu: Burung Enggang Jambul Putih) ialah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Semenanjung Malaysia, Thailand, Sumatera and Borneo. Manakala nama sainsnya ialah Berenicornis Comatus. Ia merupakan satu-satunya ahli monotypic dalam genus Berenicornis, tetapi kadangkala Enggang Jambul Putih Afrika (Tropicranus albocristatus) juga dimasukkan dalam genus ini dan burung enggang jambul putih diletakkan dalam genus Aceros. Burung Enggang Jambul Putih juga merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya. Burung ini merupakan salah satu spesies burung yang semakin terancam. Di bawah ini merupakan serba sedikit mengenai spesies burung ini,.!

HABITAT

Burung ini mendiami hutan hujan ketinggian rendah dan sederhana yang berketinggian di bawah 900 meter. Ia juga boleh didapati di ladang buah-buahan, kelapa sawit dan getah. Burung Enggang Jambul Putih membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang telah dibinanya. Burung ini hidup secara berkumpulan 3-8 ekor dan tinggal di atas pokok. 

CIRI-CIRI.,.

Burung Enggang Jambul Putih adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, dan bertulang belakang (vertebrata). Merupakan haiwan yang berdarah panas dan mempunyai sayap serta tubuh yang diselubungi oleh bulu pelepah. Ia juga mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Enggang Jambul Putih terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai Atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai Ventrikle.

Burung Enggang Jambul Putih ini agak besar dan mempunyai panjang 83-102 cm dan berat 1.3-1.5 kilogram. Manakala burung betina adalah lebih kecil daripada burung jantan. Bulunya berwarna hitam dan putih tetapi pada bahagian kepala, leher , dada dan ekornya sahaja berwarna putih, dan yang lain berwarna hitam. Ia mempunyai bulu mahkota putih yang berdiri di Jambul. Antara mata dan rang pada tekak adalah kulitnya yang berwarna biru gelap dengan asas kekuningan.


MAKANAN.,.

  Burung Enggang jambul Putih ini memakan buah-buahan, cicak, ular,serangga,artopod dan larva di kalangan kulit kayu dan  serpihan daripada pembalakan.


KEUNIKANNYA.,. 

Burung Enggang Jambul Putih ini mempunyai keunikkan seperti bulu pada bahagian jambulnya sentiasa berdiri (pang). Ia juga mempunyai ekor yang panjang. Kekuatan burung ini terletak pada bahagian rang paruhnya.


GAMBAR BURUNG ENGGANG JAMBUL PUTIH !
 sumber rujukan : https://www.google.com/search?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Aceros+comatus%22&tbm=isch#imgdii=_
 sumber rujukan : https://www.google.com/search?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Aceros+comatus%22&tbm=isch#imgdii=_

 sumber rujukan : https://www.google.com/search?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Aceros+comatus%22&tbm=isch#imgdii=_

 sumber rujukan :https://www.google.com/search?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Aceros+comatus%22&tbm=isch#imgdii=_

 sumber rujukan :https://www.google.com/search?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Aceros+comatus%22&tbm=isch#imgdii=_

sumber rujukan : https://www.google.com/search?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Aceros+comatus%22&tbm=isch#imgdii=_


sumber rujukan  :
- https://www.google.com/search?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Aceros+comatus%22&tbm=isch#imgdii=_
- http://en.wikipedia.org/wiki/White-crowned_Hornbill
- http://www.arkive.org/white-crowned-hornbill/aceros-comatus/



No comments:

Post a Comment