PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

PELAJAR PELANCONGAN SMK 4
PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

Wednesday, 2 April 2014

1. ORIENTED PIED HORNBILL (Burung Enggang Belulang)

      Burung Enggang adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduk lembu tetapi tanpa lingkaran. Ia juga dikenali sebagai Hornbill dalam bahasa Inggeris. Terdapat 10 spesies burung enggang di Sarawak. Salah satu daripadanya adalah Burung Enggang Belulang (Oriented Pied Hornbill).

   Burung Enggang Belulang ini boleh didapati di Malaysia. Nama saintifiknya adalah Anthracoceros Albirostris manakala nama keluarganya adalah Bucerotidae. Di bawah berikut adalah mengenai spesies Burung Enggang Belulang.



HABITAT
- Kawasan hutan dipterokap, sekitar hutan sekunder, hutan pulau, kawasan belukar, tepi pantai, kawasan pertanian. 
- Bergerak secara berkumpulan.
- Musim membiak adalah di antara bulan Januari hingga Jun pada setiap tahun.  
- Burung betina mampu menghasilkan 1 hingga 3 biji telur di dalam sarang yang terletak di dalam lubang pada pokok.


CIRI-CIRI
-  Mempunyai saiz yang paling kecil berbanding dengan burung-burung enggang yang lain.
- Terdapat tompokan putih pada muka dan warna putih pada bahagian bawah dada dan perut. 
-  Paruh dan jambul berwarna gading dan bertanda dengan warna hitam. 
-  Panjang enggang ini  adalah di antara 68 cm-70 cm panjang termasuk ekor. 
- Adalah haiwan yang berdarah panas.
- Mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. 
- Paruh Burung Enggang Belulang tidak bergigi.



MAKANAN KEGEMARAN
- Ia bersifat frugivorous , iaitu diet utama terdiri daripada buah-buahan. 
- Makanan kegemarannya adalah  seperti Rambutan, cicak, katak, dan serangga.


KEUNIKAN
- Burung Enggang Belulang merupakan haiwan yang bersifat monogami sepanjang hayat menyebabkan pembiakan amat mencabar.  
-  Ia hanya boleh ditemui di Benua Kecil India dan Asia Tenggara.
- Mengeluarkan bunyi yang kuat walaupun saiz badannya kecil sahaja berbanding dengan burung-burung enggang yang lain.
- Burung ini akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan bernada tinggi seperti "kleng-keng kek- kek-kek-kek-kek" dan "ayip-yip-yip-yip".  

* Sumber rujukan : Klik Sini , Klik Sini


 CONTOH-CONTOH GAMBAR BURUNG ENGGANG BELULANG

Sumber Rujukan: www.arkive.org
Sumber Rujukan: http://www.pbase.com/alex_vargas/image/131699115


Sumber Rujukan: http://www.coracilformestag.com/Conversation/PiedHornbill.html

Sumber Rujukan: www.arkive.org
Sumber Rujukan: http://cikgudalepostcards.blogspot.com/2012/04/bird-of-borneo-oriental-pied-hornbill.html
Sumber Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_Enggang_Belulang

1 comment:

  1. kalau boleh, susun semula penulisan intipati blog, supaya molek dan kemas dibaca :) disemak 2/4/2014

    ReplyDelete