PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

PELAJAR PELANCONGAN SMK 4
PELAJAR PELANCONGAN SMK 4

Wednesday, 2 April 2014

2. WRINKLED HORNBILL (Burung Enggang Berkedut)

2. WRINKLED HORNBILL

Sumber rujukan : www.arkive.org
Wrinkled Hornbill atau Burung Enggang berkedut adalah burung enggang sederhana besar yang terdapat dalam hutan di Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo.Nama saintifik burung ini adalah Aceros corrugatus.Burung ini kerap di jumpai di kepulauan Borneo terutamanya di kawasan hutan.Burung Enggang berkedut berukuran kira-kira 70 cm panjangnya.Bulunya berwarna hitam,matanya ada lingkaran berbentuk cincin berwarna biru dan ekornya berwarna putih ataupun dikatakan warna karat.Jantina Burung Enggang berkedut dapat dibezakan daripada corak paruh dan kepala.

Sumber rujukan : www.arkive.org

HABITAT
  • Burung Enggang berkedut mudah dijumpa di kawasan Hutan Malar Hijau,Hutan Paya Air Tawar dan kawasan tanah rendah ketinggiannya mencecah sehingga 1700 meter.
  • Burung Enggang berkedut adalah burung yang monogami dan kekal dalam pasangan seumur hidup.
  • Burung ini menggunakan lubang yang terdapat dalam pokok-pokok untuk dijadikan sarang.
  • Burung betina akan plasterkan pintu masuk dengan dengan lumpur dan najis.
Sumber rujukan : www.arkive.org

CIRI-CIRI JANTINA...
Burung Enggang Berkedut(JANTAN)
  •  Jantan mempunyai bulu berwarna kuning di auriculars, pipi, tekak, leher-dua belah pihak dan dada.
  • Paruh yang jantan berwarna kuning.
  • Pelindung kepalanya pula adalah berwarna merah.
  • Dan ada sedikit warna coklat pada rahang di bawahnya.
Sumber rujukan : www.arkive.org

Burung Enggang Berkedut(BETINA) 
  • Betina juga mempunyai bulu berwarna kuning di auriculars, pipi, tekak dan leher.Tetapi hitam pada dua belah pihak dada.
  • Manakala paruh untuk betina keseluruhannya berwarna kuning.
Sumber rujukan : www.arkive.org

MAKANAN
  • Makanan utama burung ini selalunya adalah buah-buahan seperti buah ara.
  • Ia juga memakan haiwan-haiwan kecil seperti katak dan serangga.
  • Enggang berkedut tidak minum tetapi mereka mendapat air yang mereka perlukan daripada makanan mereka.
Sumber rujukan : www.arkive.org
KEUNIKAN
  • Keunikan burung enggang ini adalah panggilan mereka.
  • Panggilan mereka yang berbunyi "Kak-Kak" dan "Row-wow" dapat didengari  dari berbatu jauhnya.



     
     

No comments:

Post a Comment